Malaysia Airlines MY : Travel to Tawau

Tawau 

Melangkah masuk ke dalam syurga alam semula jadi
Bandar pelabuhan pesisir laut ini menjadi batu loncatan yang ideal untuk memasuki hutan lasak dan tempat menyelam yang paling hebat di dunia.

Ekosistem akuatik yang menakjubkan

Kehidupan bawah air dan terumbu karang hidup tanpa gangguan di Tawau, lokasi yang menempatkan kawasan menyelam yang terbaik di dunia. Lawati Pulau Sipadan yang mana tempat menyelam yang terkenal di sini termasuk batu karang yang berwarna-warni di The Drop Off dan lubuk yang dipenuhi barakuda di Barracuda Point. Pulau Mataking menawarkan pengalaman menyelam mencari peninggalan di kawasan yang terasing dan peluang untuk menulis poskad dan mengeposnya secara rasmi di bawah air. Anda akan menemui kotak pos yang terletak di sebuah kapal kargo tenggelam yang penuh dengan ikan.

Pokok tropika di Taman Bukit Tawau

Taman Bukit Tawau merupakan tempat tarikan alam semula jadi yang popular kerana ia sangat dekat dengan bandar. Temui bermacam jenis pokok tropika yang tertinggi di dunia, iaitu daripada spesies shorea faguetiana, dengan ketinggian 88 meter. Berjalan-jalan di atas jambatan kanopi, yang bergantung setinggi 40 meter di udara menuju ke mata air panas sulfur dan air terjun Galas. Anda boleh cuba mencari burung enggang tanduk putih dan rama-rama kebangsaan Malaysia, Raja Brook.

Beli Sekarang
iLovehotdealz
Logo
Enable registration in settings - general

Discover more from iLovehotdealz

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Shopping cart