Malaysia Airlines MY : Travel to Langkawi
Langkawi 
Merupakan Taman Geo Global UNESCO, kepulauan Langkawi yang penuh legenda terletak di laut Andaman bersempadan dengan Thailand. Terdapat banyak kapal persiaran terkemuka yang membawa pelancong mengelilingi 99 pulau batu kapur kars di sini.
Mitos dan cerita asal-usul
Sebahagian daripada tarikan Langkawi ialah cerita mitologi yang dikaitkan dengan pulau-pulau ini. Salah satu kisah yang paling popular ialah legenda Mahsuri, iaitu seorang wanita yang dikatakan telah menyumpah pulau ini selama tujuh generasi. Kisah dongeng mengatakan bahawa mandi di tasik air tawar Taman Geologi Dayang Bunting akan membantu kesuburan wanita. Air terjun Telaga Tujuh dipercayai dapat menyembuhkan penyakit. Kisah tempatan mempercayai bahawa Gunung Machinchang dan Bukit Sawar sebenarnya manusia pada suatu ketika dahulu.
Pelayaran di lautan
Langkawi menempatkan dua marina kelas dunia untuk kapal-kapal layar besar berlabuh: Kelab Kapal Layar Diraja Langkawi dan Pelabuhan Telaga. Alami pelayaran menyeberangi lautan dengan menyewa kapal layar. Belajar tentang ilmu pelayaran semasa anda berada di sana untuk pengalaman nautika penuh erti.
Beli Sekarang
